Sunday, August 29, 2010

Tempahan tshirt & treksuit untuk hari sukan 2010

Disebabkan kami buat blog ni dah lambat beberapa bulan dari tarikh syarikat mula beroperasi, so post awal-awal ni kena 'backdated' sikitlah untuk bgtau tarikh sebenar transaksi jualan tu...yang penting just nak inform pembaca blog apa yang dah kami buat untuk pelanggan-pelanggan kami. Macam gambar kat bawah, order dlm bulan Jun 2010, tempahan untuk hari sukan sekolah SK Hj Sulaiman, Kota Kuala Muda, Kedah sebanyak 119helai. Tempahannya ialah tshirt sekali dengan seluar trek (tapi gambar seluar trek lupa nak ambik). Adoii, pening order ni sebab nak tau size 119 budak sekolah rendah, bukan boleh buat free size sebab ada yg saiz badan terlalu kecil, ada pulak yang besar saiz org tua...he he he...fening tukang jahit. Anyway, alhamdulillah, segalanya selamat dihantar tepat pada masanya. Seronok tengok budak2 tu beratur kat kantin sekolah nak ambik baju masing2...lepas tu cikgu siap mengusik, sapa yg x bayar duit baju sukan lagio, x boleh ambik baju...heh heh, pucat jer muka budak2 yg mak ayah tak bagi duit lagi...siaaannn..



ni pulak gambar baju cikgu, semua lengan panjang......x banyak, 19 helai saja, kain lacoste

Gambar dalam kedai......

Dalam kedai kami bahagi 2 bahagian depan sebagai showroom, sebelah untuk showroom Butik perempuan (baju2 kurung, blouse, jubah, dan lain-lain).....




dan sebelah lagi showroom untuk Tshirt Printing & Embroidery (sample tshirt, jersi, baju muslimah, topi, tuala, baju korporat & jaket). Jadi, jimat ler sikit bayar sewa kedai kan....he he he. Income masyuk dua, keluar satu...he he


Sunday, August 22, 2010

Mesin-mesin kami...

Setelah hampir setahun beroperasi, kami mengambil risiko dengan melabur secara berperingkat-peringkat dlm pembelian mesin2 yang insyaallah membantu menambahbaik kualiti kerja, penghantaran cepat dan memberi pelanggan nilai setimpal dengan wang anda.

No. Nama Mesin Kuantiti Nilai (RM)
1 Mesin Jahit Singer 1 1,500
2 Mesin Jahit Industri JUKI 1 2,200
3 Mesin Jahit Tepi Singer 14N555 1 1,100
4 Mesin Jahit Tepi Industri JUKI 1 1,800
5 Mesin Sulaman Berkomputer JANOME 1 10,000

Satu mesin yang menjadi cita-cita kami utk dibeli adalah Mesin Sulam Berkomputer Industri (1 head) jenama Happy/Toyota yg berharga RM60,000 - 90,000. mmm....bilalah agaknyer yer? he he he

Salam Pengenalan

Salam & Selamat Sejahtera,
MENIAGA IKHLAS ENTERPRISE (MIE) adalah sebuah syarikat yang beroperasi di 3201, Jalan Mahsuri 7/J, Taman Mahsuri, Pdg Serai, Kulim, Kedah dan berdaftar dengan SSM No. Pendaftaran PG0266212-K. Nama kedai adalah MIE.sulam - Tailor & Boutique, Tshirt Printing & Embroidery kerana kami adalah sebuah kedai jahit & butik pakaian wanita dan juga pembekal tshirt, jaket, cap, towel dan menerima tempahan tshirt printing atau embroidery. Kami berusaha menjadi syarikat bumiputera yang menjadi pilihan pelanggan utk tempahan sulaman berkomputer pada baju kurung, tshirt, telekung, tuala, sarung bantal dan sebagainya, insyaallah.

MIE.sulam diuruskan oleh pasangan suami isteri;

Tarmimi (Mie) - MD & Sales Manager, MIE.sulam Tshirt Printing & Embroidery
012-576 3423

Hasmin (Min) - Tailor & Operation Manager, MIE.sulam Tailor & Boutique

Setakat ini, kami mempunyai 2 org tukang jahit berpengalaman dan seorang Pegawai Pemasaran.