Sunday, August 29, 2010

Tempahan tshirt & treksuit untuk hari sukan 2010

Disebabkan kami buat blog ni dah lambat beberapa bulan dari tarikh syarikat mula beroperasi, so post awal-awal ni kena 'backdated' sikitlah untuk bgtau tarikh sebenar transaksi jualan tu...yang penting just nak inform pembaca blog apa yang dah kami buat untuk pelanggan-pelanggan kami. Macam gambar kat bawah, order dlm bulan Jun 2010, tempahan untuk hari sukan sekolah SK Hj Sulaiman, Kota Kuala Muda, Kedah sebanyak 119helai. Tempahannya ialah tshirt sekali dengan seluar trek (tapi gambar seluar trek lupa nak ambik). Adoii, pening order ni sebab nak tau size 119 budak sekolah rendah, bukan boleh buat free size sebab ada yg saiz badan terlalu kecil, ada pulak yang besar saiz org tua...he he he...fening tukang jahit. Anyway, alhamdulillah, segalanya selamat dihantar tepat pada masanya. Seronok tengok budak2 tu beratur kat kantin sekolah nak ambik baju masing2...lepas tu cikgu siap mengusik, sapa yg x bayar duit baju sukan lagio, x boleh ambik baju...heh heh, pucat jer muka budak2 yg mak ayah tak bagi duit lagi...siaaannn..



ni pulak gambar baju cikgu, semua lengan panjang......x banyak, 19 helai saja, kain lacoste

No comments:

Post a Comment